Anjung 5 Jitra
Monday, December 2, 2013
Friday, November 29, 2013
Thursday, November 28, 2013
Challet A
Assalamualaikum..
Ini adalah challet A :) Mestia ada yang tertanya kenapa nama dia A??
cuba perhatikan chalet ni berbentuknya seakan-akan huruf A sebab itulah tercetusnya nama challet A!
kalaukita tgok diluar begini pasti kita tidak menjangkakan didalamnya bagaimanakan?
Challet A inilah challet yang mula-mula dibina oleh owner Anjung 5 jitra ni Tn. Hj. Sofi b. Ibrahim yang sangat kreatif..kebanyakan semua yang terdapat dia Anjung 5 ini adalah hasil tangan beliau dan isterinya pn. Rosani Bt Besar.
ha..nilah rupa dalam Challet A! ada 2 katil single.. kat bawah tu boleh bentang toto kalau tak cukup :)
Terdapat kabinet untuk isi barang dan ruang tambahan kalau tak cukup :)
Ini pulak pandangan pada waktu malam ...sunyi je.. :) syok sangat...
kesimpulannya dont judge by its cover! hehe..
price: 1 challet A (bermalam)+kolam: RM150
check in: 2ptg- 12 tgh hari
Full day (tidak bermalam)+ kolam: rm150
check in: 830pg- 5ptg
half day + kolam: rm100
2 sesi:
sesi pagi: 830pg- 1200tgh hari
sesi petang:130ptg- 500ptg sahaja
Challet sahaja:
semalaman: rm100
sehari: rm100
separuh hari: rm50
Untuk tempahan: 0194774555 / 019-450 3555
Chalet Sofiyyah
assalamualaikum..
Ini dia chalet Sofiyyah dilengkapi ruang yang besar untuk berkumpul ahli keluarga, program, solat hajat, ceramah dsbg nya pon boleh..projektor ada disediakan untuk penceramah. kalau untuk program sekolah dewan bawah ni dijadikan musolla untuk solat sebab ada dewan asing untuk ceramah :)
Ruangan untuk berehat di Dewan bawah Challet Sofiyyah :)
ruangan ini disediakan untuk tempat penginapan tambahan bagi ahli keluarga yang ramai atau pelajar sekolah yang buat program di sini
toto,tilam,bantal dan selimut turut disedikan disini :)
Ini pulak bilik 2 katil single dilengkapi air cond!
Price untuk rumah Chalet Sofiyyah ni untuk 1 family (3 tingkat)
semalaman RM400 sekali dengan sewa kolam..
ada dewan besar + 4 bilik berhawa dingin+ 2 bilik air + 2 dormitori besar
*harga untuk Kem Sekolah lain pulak ye..Boleh negotiate harga untuk kem
hubungi untuk tempahan: 019-4774555 / 019450 3555
Swimming pool privasi??
Assalamualaikum...
Kita sambung lagi apa yang menariknya di anjung 5... Kalau dah masuk anda akan menaiki tangga ni..tgok pemandangan sekitar nya.. menarikkan? penuh dengan kehijauan.. yang ni privasi tau..! nak bawak couple mandi sahaja pun boleh..tapi bukan couple belum kawin..dah kawin sahaja tau!
ha..ni la.. dia yang selalu pengunjung tunggu..!! kalau tengok ni pasti teruja nak-nak lagi anak-anak kecik..melompat-lompat nak mandi!! hehe..
air ni walaupun tak nampak biru bukan sebab kotor tapi sebab tak buh klorin..insha'allah selamat nak mandi!! jom kita tgok lagi..apa yang best sangat dengan kolam ni..hehe
yang ni pulak tujuannya untuk urut kaki refleksologi bagi yang penat-penat tu sambil boleh tengok anak mandi manda..
Siap ada gelongsor lagi..budak-budak pasti teruja...dekat sebelah gelongsor tu ada air terjun buatan.lagi teruja nak mandi bila tengok air terjun tu! ia hanya dipasang bila pengunjung nak mandi sahaja untuk mengelakkan pembaziran elektrik..saje admin tak pasang nak suruh orang datang tengok live sendiri!
ha..ini tempat rehat depan kolam..kalau teringin nak berkelah sambil mandi jomlah book di sini :)
sekian cerita tentang kolam.. nanti admin cerita lagi pasal anjung 5 ni ye..
ha..bagi mereka yang tinggal dekat area kedah je tak mahu menginap tidur pon boleh...sangat dialukan..hanya sekadar nak mandi...boleh juga menyewa kolam
price: kolam sewa : rm 50 setiap satu sesi
sesi 1:
jam 830pg-12tgh hari
sesi 2:
130ptg-5ptg
full day: rm100
830pg- 5ptg
Boleh bawak sape-sape pun yang korang nak bawak tak dak limit..lepas check in kolam tu mandi lahpuas-puas sampai korang check out!
yang best sangat kolam ni..sb dia adalah privasi tak dak aurat lah dengan orang luar..kalau satu family dah booking..kita reserve untuk family tu je..family lain pada waktu lain..kami tak open untuk banyak family pada waktu yang sama! :)
untuk tempahan hubungi:
0194774555/ 0194503555
Menariknya Anjung 5...
Ha..inilah dia pintu masuk anjung 5...kalau jumpa gambar keris ni jangan segan silu..kalau dah book insha' allah tempat ni dah boleh jadi privasi untuk penghuni as long as pengunjung tak check out lagilah! :)
then..kita tengok pula rupa anjung 5...
kalau dah masuk pintu pagar..inilah dia rupanya chalet yang paling besar anjung 5 boleh muat dalam 100orang insha'allah :)
jelas tak? kalau tak jelas..kita zoom lagi dekat eh..bagi semua puas hati :)
ha..yang ni tak cukup lagi kan..nak lagi??? to be continued
untuk pengetahuan semua, chalet ni bukan sahaja untuk family..untuk program sekolah pun boleh sebab ada dewan yang besar untuk buat program tempat penginapan cikgu dan murid-murid insha'allah selesa :)
Pengenalan Anjung 5 Jitra
Anjung 5 ini memenuhi keperluan untuk semua peringkat umur kerana terdapat kolam untuk kanak-kanak dan dewasa serta sungai yang mengalir dari Air Terjun bukit Wang. Suasana yang segar dengan tumbuhan hijau, pengunjung yang sukakan kedamaian dan ketenangan sangat sesuai untuk berkunjung disini.
Selain itu, Anjung 5 turut menyediakan tempat perkhemahan untuk para pelajar melakukan pelbagai aktiviti, riadah dan program motivasi . pelbagai kemudahan disediakan seperti Musolla, dewan serta tempat penginapan untuk para pelajar juga turut disediakan.
Unit Penginapan Kami
Anjung 5 mempunyai 1 Rumah besar yang dilengkapi dengan ruang besar untuk mereka yang mahukan kawasan terbuka serta 4 bilik yang dilengkapi kemudahan penghawa dingin (air cond) dan swimming pool view. Chalet A & B untuk kelamin yang disediakan lengkap dengan bilik air.
Perkhidmatan yang ditawarkan:
: Sewa kolam renang
: Sewa dewan seminar/ Kuliah
: Kem motivasi
: Perkhemahan
: Katering
: Perkahwinan dalam Taman
Dibuka pada setiap Hari
Jam: 830pg- 5ptg sahaja.
Waktu check in (bermalam) : 2ptg- 12tgh hari
waktu check in (full day tak bermalam): 830pg- 5 ptg
waktu Check in (half day) :
2 sesi:
pagi: 830pagi- 12 tgh hari
petang: 130ptg - 5ptg sahaja
* Harga boleh rujuk diatas pelbagai package boleh pilih, anda boleh consult kami dengan budget yang ada dan kami akan memilih package yang terbaik mengikut kemampuan anda!
Untuk tempahan hubungi:
::019- 4774555 / 0194503555
Subscribe to:
Comments (Atom)

